Saturday, November 2, 2013

Matematik. Ajarkannya cara Bulat-bulat.

Bila budak belajar matematik, macam ni lahh jadinyerr... haaa tersenyum kan tengok nih? tapi yang penting objektif tercapai. Bukan senang nak ajar mereka, apatah lagi bahasa yang berbeza. Saya Melayu dan mereka Iban, namun itu bukan halangannya. Dalam perhubungan antara orang dewasa dan kanak-kanak, kita perlu menggunakan kata-kata yang mudah,ringkas dan padat, maksudnya senang nak faham. Tak payah nak describe panjang-panjang. Just Say It. Contohnya, "Duduk". "Bangun". Lihat bezanya dengan cara ini, "Ok semua. Berdiri kat sini, kat depan cikgu, elok-elok". "Duduk atas kerusi semua". Sama juga dengan pengajaran Matematik. Lain tempat, lain caranya tetapi rata-rata cikgu guna cara yang sama nak ajar Matematik untuk kanak-kanak prasekolah iaitu melalui "simbol" dan "gambar". Antara tokoh dan teori dalam pembelajaran matematik kanak-kanak seperti Jean Piaget yang memperkenalkan teori perkembangan kognitif, teori pembelajaran Bruner iaitu Bruner menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai tiga cara untuk mencapai kefahaman mereka dalam mempelajari matematik iaitu melalui perwakilan enaktif, ikonik dan simbolik dan juga teori perkembangan Vygotsky yang menekankan bahawa pembelajaran kanak-kanak sangat berkait rapat dengan interaksi mereka dengan individu di sekitar mereka dan juga budaya persekitaran mereka. Jadi, untuk aktiviti tolak, pada peringkat awal, saya letakkan simbol beserta gambar bulat (0) untuk mewakili nombor. Ingat!! Apa2 gambar seperti bola, pensil, dan lain-lain perlu disertakan dengan nombor, untuk mudah murid mengecam,menyebut,dan menulis nombor tersebut contohnya kalau 5, maknanya (OOOOO). Alhamdulillah, proses P&P berjalan dengan lancar dan kanak-kanak mudah memahami konsep tolak. Macam nak tercabut anak tekak bila nak ajar pada mereka tapi apakan daya, itulah tugas guru. Ajar, tak faham, ajar lagi, tak faham, ajar lagi, salah jugak, ajar lagi pun salah, ajar lagi.... hingga berjaya. Lihat gambar, dan tengoklah hasilnya. Syukur padaMu Tuhan. hehe..

Wednesday, October 23, 2013

Nampak Tak Jalan tuuuu??

Wahhhhh!! Sangat menghijau, sejuk mata memandang bila tengok pokok-pokok dan bukit kat sini. Ini bukanlah jalan nak ke shoping complex ke, saloon ke, tapi ini adalah jalan nak ke sekolah saya. 6.30 pagi dah mula start enjin motor.. Vroommmm!! merempit lerrr nak ke sekolah, hari-hari lalu jalan yang sama. Masih berbukit, ada yang curam. Alhamdulillah sekolah tidaklah jauh, hanya dalam masa 15 minit dari rumah. So sepanjang on the road, boleh cuci mata tengok keindahan ciptaan Ilahi. Sangat Berkuasa! Subahanallah, cantiknyerrrr.... hirup udara segar, sangat bagus untuk sistem pernafasan kita, oksigen yang masuk sangat fresh. Ahhhhhhh!! Nikmat betul. Ada juga kajian berpendapat bila tengok benda-benda yang hijau ni, mata jadi ok. Jiwa tenang. Tapi apa yang perlu ingat ialah keselamatan. Almaklum saja laa jalan berliku macam ni, kenalah berhati-hati, tidak kira penunggang motosikal ataupun berkereta. selekoh banyak, kalau hujan tentu saja lah jalan licin. tak perlu laju-laju yer.. By the way, kita boleh lihat budaya hidup orang Iban di sini. Rata-ratanya bekerja sebagai petani dan di kem balak. sawah dan kebunnya sangat luas. Rajin bekerja untuk mencari rezeki. At last cikgunya juga yang beruntung sebab kadang-kadang murid bawa sedikit hasil dari kebun, buah ke sayur ke. Latest saya dapat buah mempelam. Sedapp wehhhhh hiris, cicah sambal kicap campur belacan. Perghhh!! Ape tunggu lagi, jom laa datang sini!! Kagum ku nangga pokoknya. hehe

Saturday, September 21, 2013

it's begin now!

Sungguh aku tak sangka. Akhirnya penantian berakhir jua apabila ditempatkan berkhidmat jauhhhhh di sarawak. Pengalaman mengharungi sungai Rajang selama 3 jam dengan bot express nih buatkan aku rasa teruja, gembira, terharu pun ada. Mana tak nyerr.. dulu2 asyik dengar kisah sg rajang tu jer.. sekali tuan empunya badan yang alaminya sendiri. Memang rare! Perasaan bercampur baur. Segala penat lelah selama 4 hari untuk ke sini disudahi jua dengan menuju ke Kapit. Bagi aku rasanya agak biasa dengan bot dan air sebab hidup membesar di kawasan perkampungan nelayan yang rutinnya tangkap ikan, naik bot, perahu. Apa yang bezanya ialah terpaksa mengangkut beg yang hampir 30kg!! berat tuhhhh!! almaklum laa jauh sangat.. segala benda disumbat dalam bagasi itu. bersyukur dapat kenal kawan-kawan dari semenanjung yang sangat memberi kerjasama, senang tolong orang. Jadi, tidaklah bosan sepanjang perjalanan. Sesetengah orang akan berfikir apa yang dilakukannya semasa di tempat orang? Well, hidup ini tak susah. Yang susahnya ialah kita sendiri yang menyusahkannya. Jadikan hidup senang dan tenang. Segala masalah kita selesaikan dengan bijak, bukan secara emosi. Lewat petang juga sampai di sana. Bermula dari situ, yang aku dengar ialah bahasa Iban. Satu pun aku tak faham. Tapi aku harus belajar. 4 Julai 2013. aku redha!

Tuesday, November 6, 2012

JANGAN LEMPANG BUDAKKK!!!

Entah ape la yang dibuat oleh budak-budak ni semua kan? nak kata baju.. tak ada pula rupa baju. tapi iras-iras pun ada la kan.. hehe.. inilah pengalaman kali pertama saya mengajar prasekolah. perangai mereka.. Allah sahaja yang tahu bagaimana rasanya saya menghadapinya. Tahu-tahu sahajalah.. kanak-kanak. Pun begitu saya tidak mengeluh sebab saya memang suka kanak-kanak! Boleh bayangkan apa yang anda akan lakukan apabila secara tiba-tiba seorang kanak-kanak datang ke depan dan duduk atas riba kita semasa mengajar? Nak tolakkah? Nak marahkah? Nak pukulkah? Ehh tetiba nak duduk atas riba aku pehal? Sabar..... memang situasi tu terjadi kepada saya sendiri. Saya tak hirau sangat. Saya hanya biarkan sahaja kanak-kanak tersebut duduk di atas riba saya dan saya memeluknya sambil saya mengajar!! Budak lelaki yer.. bukan perempuan. Saya mengajar dan terus mengajar.Kemudian,gunakan peluang yang ada sebaiknya. Saya suruh budak itu supaya perhatikan betul-betul dan saya tanya kembali apa yang telah saya ajari. Yang penting,objektif pembelajaran tercapai. Janganlah sesekali kita berlaku kasar pada mereka. Barangkali mereka tidak mendapat perhatian dan kasih sayang secukupnya semasa di rumah. Wajarkah saya membenci dan memarahi mereka? Marah berpada-pada,hanya kerana sayang. Tegas itu caranya. Lembut ada ketikanya. Kanak-kanak ibarat kain putih dan cikgulah yang mencorakkanya. Coraklah dengan penuh warna-warni agar terserlah keindahannya. Tugas mengajar bukan sekadar di papan putih,tetapi sebagai agen pembentuk tingkah laku kanak-kanak. Negatif kepada positif. Salam untuk semua. (",)

Sunday, November 4, 2012

AKU STRESS!!

Adakah anda seperti gambar tersebut? STRESSSSSSnyerrrrrrrrrr!!!!! Itulah perkataan yang kita sering kali dengar bila datangnya ujian or final exam bagi yang sedang belajar, bersekolah mahupun IPT. bila dekat dengan exam,lagi seram dibuatnya... yelahh banyak benda tak setle lagi, nak baca itu, nak baca ini, nak ulangkaji ini, nak ulangkaji itu. kalau yang ber'couple' tu, busy nak kuar 'dating' laa.. macam-macam kan?? Jangan stress ye kawan-kawan. Hidup kita ni mesti ada perancangan. Perancangan waktu adalah segalanya. Bak kata pepatah inggeris, "PLANING IS MASTERING". Buat jadual harian yang rapi, bermula awal pagi hinggalah malam. Biar kita nampak jelas ke mana hala tuju kita seharian. Macam saya, saya seringkali diajukan soalan.. "Ehh aku nampak ko relax jer.. tak study ke? ketawa sana sini.." hehe.. saya ni relax? cuakk jugak nak hadap paper dalam dewan nanti. "Paling penting jiwa kita. Kalau minda dan jiwa kita kata semuanya senang dan mudah, InsyaAllah semuanya mudah.. walaupun hakikatnya susah. Namun kita percaya bahawa kita telah berusaha sehabis baik,setkan minda macam tu,dan langsung membuatkan kita tenang. Tenang nak study,tenang juga nak jawab exam. Jangan gelabah tak tentu pasal nanti yang dikejar tak tak dapat, yang dikendong keciciran. Salam untuk semua. (",)

Saturday, November 3, 2012

MENGAPA DENGAN HURUF "D" ?

Huruf-huruf nilah yang saya dan mungkin anda semua melihat dan belajar di prasekolah atau mana-mana tadika. Senang je kan nak ingat A-Z siap boleh nyanyi lagi zaman sekarang nih.. punyer la kreatif. nak ingat 26 huruf pd usia kita 5 dan 6 tahun? mungkin sesetengah orang belum mampu nk ingat kesemua huruf pada usia 7 tahun, apatah lagi mengecam,menyebut dan menulis. Yang penting, sebagai orang dewasa,kita kena tunjuk ajar baca kepada kanak-kanak. Saya mahu berkongsi sesuatu kepada anda semua. Semasa saya mengajar di salah sebuah prasekolah di Jalan Klang Lama, ada seorang budak yang comel, tak boleh mengenal dan menyebut huruf "D". Yang peliknya "A" "B" "C" "E" memang dia ingat.. hanya "D"! yaaaaaa... huruf "D"! puas saya mencuba tetapi saya tak putus asa. Setiap hari saya panggil budak tersebut, duduk di hadapan saya, menghadap huruf A,B,C,D,E yang telah saya tulis. Diulangnya baca sampai berkali-kali. Sebutnya entah berapa kali.. "D" "D" "D" sambil tangan menunjuk pada huruf tersebut. Alhamdulillah setelah 3 minggu ajar benda yang sama, budak tersebut sudah boleh mengingat dan menyebut huruf "D". Gembiranya hati seorang cikgu ni, hanya Tuhan sahaja yang tahu. berkat kesabaran terbalas juga. Begitulah hidup cikgu, sentiasa berusaha dan aktiviti pengulangan kepada kanak-kanak itu sangat penting kerana dengan pengulangan itulah yang akan menjadi kebiasaan seperti Teori Thorndike iaitu Hukum latihan (Law of exercise), semakin sering suatu tingkah laku diulang atau dilatih (digunakan) maka asosiasi tersebut akan semakin kuat. Jadi, jangan disangka usaha yang kecil tidak akan menggarap kejayaan yang besar!! Teruskan berusaha. (",)

Langkah Bijak Komunikasi

Siapa yang tak suka dgn kanak-kanak? merekalah yang menceriakan hari kita. gelak ketawa gurau senda dan paling penting rasa sayangnya pada insan yang bernama cikgu. mereka sangat rapat dgn saya walaupun hanya seminggu bersama di sekolah tersebut. Cute kan mereka semua nih? hehehe.. tapi ada satu benda yang awak semua perlu tahu. dalam kalangan kanak-kanak pra nih ada seorang budak yang sangat pendiam. entah laa.. puas saya mencuba untuk bercakap, yang dia tahu hanyalah angguk dan geleng kepala. buntu saya dibuatnya! agak-agaknya kalau yang mudah panas baran, apa yang dibuatnya?? hehe tolonglah yer.. budak pra nih. tapi baru kutahu, diamnya bukan disengajakan, bukan mengingkar arahan cikgu apatah lagi melawan. tahu kenapa dia selalau diam? sebab dia tinggal bersama neneknya yang bisu. yaa... bisu. disebabkan sudah ketiadaan dgn ibu bapa, maka neneklah tempatnya bergantung harap. jauh di sudut hati rasa kasihan terhadapnya tapi apakan daya. Walaupun tinggal bersama nenenknya yang bisu, tapi budak ini bukanlah seorang yang bisu! mengapa? sebab jika dikaji dengan perkembangan kanak-kanak, mereka akan dipengaruhi oleh persekitaran. Dalam konteks budak yang saya sebutkan, sikapnya yang pendiam adalah kerana faktor tiada komunikasi semasa dia membesar. justeru, saya berpesan kepada rakan-rakan di luar sana, yang mempunyai keluarga, gunakanlah masa yang ada untuk berkomunikasi, bercakap antara satu sama lain. Jangan hanya tahu pulang ke rumah, terus berkurung di dalam bilik. Ayam berkokok barulah terlihat hidung yang mancung. Salam untuk semua.

Friday, November 2, 2012

AKU BUKAN SEPI.

SUNYI BUKAN BERMAKNA KITA TIDUR. Begitu sepi malam yang indah dihiasi bunyi cengkerik yang menjengah ke telinga tetapi deria mata dan jiwa aku tak pernah terlelap. Lelap dari ajakan dunia untuk terus melihat telatah manusia dan tuntutan akhirat untuk mencari ilmu. Waaaahhh penatnya amat terasa bila 5 tahun setengah berada di bumi Kuala Lumpur hanya segulung ijazah. Pena terus menari mencari bait-bait yang sesuai untuk diluahkan. ahhh aku bukannya pandai nak bermadah-madah. secubit rasa terus dilontarkan. ya.. benar. aku senyap. aku sepi tanpa berita. hampir 2 tahun tak mencoret kata di blog. agaknya kurang mahir. ku perahkan jua idea. ramai orang beranggapan "buat ape semua nih.. tak ada gunanya. membazir aje.. " waaa satu kata-kata yang saya anggap orang tersebut sedang bermimpi. kawan, kita harus bangun! Bangunkan minda kita. Bangunkan jiwa kita. Hanya kerana ku melihat ketelusan anak kecil menggalas beg mencari ilmu dengan bajunya yang lusuh, sudah cukup untuk membangunkan aku dari tidur! Masakan kita yang sudah berduit, berbaju sutera, dan sebagainya mampu melawan semangat gigih anak kecil itu?? Tepuk dada tanya diri masing-masing. Usah berani berkata kita berjaya sedangkan kita lena dalam angan-angan. Selamat untuk semua.

Wednesday, January 20, 2010

PENCINTA KEJAYAAN

Motivasi kejayaan – 7 petanda orang tak ada matlamat [petanda pertama]

Petanda pertama Anda orang tak ada matlamat: Anda asyik keboringan.

Orang yang asyik keboringan tak tahu apa yang nak dibuat maksudnya dia tiada apa-apa yang disiapkan, dikerjakan, disempurnakan. Masa yang ada dibiarkan berlalu begitu saja sedangkan masa yang ada tu dia boleh guna untuk melakukan berbagai perbuatan berfaedah untuk kebaikan dirinya sendiri.

Apabila Anda suka mengeluh sebab Anda selalu keboringan, itu petanda paling jelas Anda orang tak ada matlamat. Jika tetiba rasa boring, carilah sesuatu yang bermanfaat untuk dilakukan, yang berguna untuk kemajuan diri Anda. Untuk mengatasi keboringan, tanya diri Anda dengan soalan-soalan ni:

a.Apa yang boleh Anda lakukan sekarang ni?
b.Apa yang belum siap?
c.Ada apa-apa yang boleh dibuat?

Tanya dan terus tanya diri Anda. Pastu lihat sekeliling dan fikir. Anda akan jumpa sesuatu perkara yang boleh dilakukan bagi mengelak keboringan. Lama-kelamaan minda Anda akan terlatih untuk meletak matlamat dalam apa jua yang Anda lakukan kesan dari terbiasa melakukan teknik ni. Rahsianya, tanya diri sehingga jawapan ditemui.


Petanda kedua Anda orang tak ada matlamat: Anda malas membaca, malas mencari ilmu.

Orang yang kurang berminat mencari ilmu untuk menambahkan ilmu ibarat orang yang tak mahu memajukan diri. Itu samalah dengan orang yang tak ada matlamat kerana dia tidak tahu apa dia nak buat dengan hidupnya. Hidup ni gunanya untuk berhibur saja!

Ada juga orang yang minat mencari ilmu, tapi minat sekejap cuma. Dia merasakan mencari ilmu ni tak ada guna. Kenapa dia rasa tak ada guna? Sebab dia tak tahu peranan ilmu dalam hidupnya. Ilmu gunanya untuk membuat kita tahu apa yang kita tak tahu, dari situ kita boleh gunakan ilmu untuk mencorak kejayaan dalam apa jua yang kita usahakan.

Andainya Anda malas membaca, malas mencari ilmu bahkan Anda suka mentertawakan orang yang rajin mencari membaca untuk mencari ilmu itu petanda bahawa Anda sendiri tidak ada keinginan untuk maju atau memajukan hidup Anda. Tafsiran tu sudah tepat untuk menyatakan Anda merupakan orang tak ada matlamat.

Set matlamat (atau target kecil) dalam apa jua yang Anda nak lakukan supaya diri anda terlatih menjadi orang bermatlamat. Barulah hidup Anda ada kemajuan!. Latih diri membaca bermula dengan membaca 1 muka surat untuk sehari. Esoknya, baca 10 muka surat. Lusa, baca 1 bab. Minggu depan, letak target nak habis membaca 1 buku.


Petanda ketiga Anda orang tak ada matlamat: kurang ada keinginan untuk mengubah hidup.

Kesusahan ada jugak bagusnya. Dari kesusahan tu membuat kita ada keinginan kuat untuk mengubah hidup ke tahap lebih maju. Bila kita kurang ada keinginan untuk mengubah hidup, itu petanda kita orang tak ada matlamat.

Jika tak ada inisiatif nak mengubah tahap kewangan kita kesannya kita akan terbiasa menjadi orang yang tak ada keinginan mengubah hidup. Kebiasaan ni membentuk kita menjadi orang yang penuh kenegatifan – melihat sesuatu dari aspek negatif, menilai sesuatu dengan penilaian negatif, memberi respon-respon negatif sebab kita sakit hati melihat orang lebih maju daripada kita.

Orang yang skeptik adalah orang yang kurang ada keinginan untuk mengubah hidup bahkan tak ada inisiatif untuk merubah dirinya ke tahap akhlah yang lebih baik. Permasalahan yang melanda mereka dipandang sebagai ketidakadilan Tuhan, bukannya untuk mempelajari sesuatu dan menggali motivasi tersirat disebaliknya.

Jika Anda rasa anda aysik dilanda masalah atau hidup ni kurang adil sebab asyik memberi Anda masalah, sebenarnya tu semua adalah satu gesaan untuk Anda merubah hidup mulai hari ini. Fokuskan fikiran kepada kejayaan dan kebahagiaan berpanjangan supaya dengan itu Anda ada keinginan untuk mengubah hidup, keluar dari kesusahan yang Anda alami sekarang ini.

Jangan asyik bergelumang dengan fikiran bermasalah kerana perbuatan sebegitu akan menarik lebih banyak masalah masuk ke dalam hidup Anda. Penyelesaiannya, marakkan semangat mau merubah hidup ke tahap lebih baik. Biar semangat tu membara setiap hari, untuk membuat Anda sentiasa bermotivasi.

Wednesday, July 8, 2009

DI MANA NILAI INTEGRITI?

Petikan Utusan Malaysia:

“2005: Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan melaporkan kebanyakan pelajar mendapat F dalam subjek Sains dan Matematik dalam peperiksaan percubaan PMR dan tiba-tiba mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar”

Bagi pendapat saya, situasi ini sudah lama wujud dan baru sekarang ia pecah di mulut. Sememangnya situasi sedemikian agak pelik kerana tiba-tiba sahaja cemerlang dalam exam yang sebenar. Apa yang saya mahu persoalkan di sini ialah di mana letaknya integriti seorang guru atau pemeriksa kertas atau pihak yang berwajib yang menetapkan gred pemarkahan dalam ujian yang sebenar? Sungguh menyedihkan apabila ada pihak yang sanggup melihat “Indah Khabar dari Rupa” menjadi perhiasan sementara dan litupan daripada masyarakat umum daripada mengetahui perkara yang sebenarnya. Berubahlah menjadi insan yang baik dan berguna. “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain”

Monday, July 6, 2009

CintaiLah Ibu Bapa untuk Insan CemeRLang

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata,

"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada ) ". Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah) Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadahlah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu ikhlas dan bersungguh-sungguh). Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulannya :

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (contohnya makanan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsbnya..)

MASALAH PONTENG SEKOLAH

Sungguh menyedihkan apabila terbaca akhbar Metro 2,3 hari lepas yang memaparkan masalah pelajar yang membabitkan kumpulan ponteng sekolah. Mereka semua berpura-pura berpakaian ke sekolah tetapi jauh ada udang di sebalik batu. Aktiviti pecah rumah dilakukan beberapa tempat semata-mata untuk melepaskan nafsu dan mengisi masa lapang dan pelbagai kerugian yang terpaksa ditanggung oleh mangsa termasuklah barang kemas, lap top, duit dan sebagainya. Wajarnya, umat Islam perlu menjauhi perkara tersebut dan menghindar daripada memberikan alasan melakukan aktiviti songsang di waktu senggang. Apa salahnya kita membaca al-Quran? Apa salahnya menolong ibu bapa di rumah? Apa salahnya kalau bersedekah? Pemikiran kita perlu diterapkan nilai murni Islam agar tidak dicemari dengan unsur negatif yang akhirnya membinasakan diri sendiri seperti pelajar tersebut yang sudah ditangkap.

Sedikit manisan untuk dikongsi:

1) Ibu bapa. Peranan orang tua dan institusi kekeluargaan cukup utuh untuk membendung permasalahan sebegitu daripada berlaku. Anak-anak bermula dari peringkat kecil, remaja hingga dewasa amat memerlukan bimbingan, kasih-sayang daripada keluarga. Apabila keperluannya dipenuhi, maka diri akan berasa mendapat perhatian.

2) Persekitaran. Hal ini termasuklah pengaruh rakan sebaya. Ia turut mendorong kepada perkembangan intelek dan potensi individu. Rakan sebaya yang baik akhlaknya dan tinggi kecerdasannya dapat membantu membentuk keperibadian yang positif.

3) Kebudayaan dan kepercayaan. Penyumbang kepada pembentukan falsafah hidup yang berbeza. Ini turut melahirkan perbezaan cara hidup. Masyarakat yang sihat akan menjadi lebih bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral dan sebagainya.

4) Sumber teknologi. Ledakan kecanggihan teknologi kini melahirkan minda masyarakat yang di luar jangkaan. Ia memberi pengaruh yang besar dalam jiwa manusia seperti iklan di radio, filem-filem negatif yang dipaparkan di kaca tv dan internet yang tertebar luas jaringannya. Berwaspadalah dengan jolokan syaitan..

p/s: Didiklah jiwa dengan Islam, Insya-Allah semuanya selamat.

Thursday, July 2, 2009

CINTAILAH KESENIAN!

Dengan penuh kesyukuran, saya mengalu-alukan anda semua selaku penggiat seni penulisan dan pencinta karya untuk memiliki cerpen karya saya sendiri. Setelah penat mencambah idea, maka terhasil nukilan yang mampu membuatkan anda dan saya tersenyum puas dan meruntun hati apabila membacanya. Silalah berkunjung ke laman link untuk DOWNLOAD cerpen saya. Bagi mereka yang sudah mendapatkannya, jangan lupa untuk submit komen anda di laman Let's Talk! Selamat membaca!


CERPEN:

PULANGLAH

DI PENGHUJUNG CINTA

CintaiLah Kesihatan

CintaiLah Kewangan Kita

Wednesday, July 1, 2009

KENANGAN TERINDAH RAKAN SEPERJUANGAN

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
PRASEKOLAH (BI,PJ)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU

PENDIDIKAN

KONSEP PENDIDIKAN

Pendidikan berasal daripada perkataan Latin, educare yang membawa maksud “memelihara dan mengasuh”. Menurut Kamus Pendidikan (1979), pendidikan adalah satu proses menyeluruh untuk memperkembang kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial yang member peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi.

YUSUF AL-QARDAWI

Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku. Ia bertujuan untukmenyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.


KEM BINA IHSAN GURU

TEMPAT: SETIAWAN, PERAK

Program ini telah lama berlalu namun kenangan tetap terpahat di benak aku. Program ini tidaklah begitu tuff seperti yang dijangkakan namun ia cukup untuk melatih aku dengan realiti kehidupan luar yang penuh cabaran. Anehnya, hanya beberapa orang sahaja dari kaum Adam yang mengikutinya (dalam 16 orang), berbanding dengan kaum Hawa yang mencecah 50 orang lebih. Al-maklum lah, kos Prasekolah bukanlah subjek prirority kaum Adam, tetapi aku tidak sedikit pun patah semangat. Bak kata pepatah “Behind a man’s strength, stand a great woman”.

Apa yang dapat saya kongsi bersama:

1) Perkhemahan : melatih guru untuk terlibat dengan aktiviti di luar bilik darjah apabila diposting nanti dan bukan hanya menjadi katak di bawah tempurung.

2) Water confident : kita akan belajar bagaimana cara untuk tenang dalam pelbagai situasi dan lebih yakin dengan apa-apa halangan atau cabaran yang mendatang.

3) Berkayak : menguji tahap fizikal seorang guru dan usaha mengharungi ombak dianalogikan kesungguhan kita menghadapai dugaan termasuk kewangan, kanak-kanak dan lain-lain.

4) Meredah hutan : pembelajaran secara tidak langsung dengan mengenal suasana kampung orang lain, bergaul mesra dengan penduduk dan sebagainya. Guru, janganlah menjadi seperti “Rusa masuk kampong” .

5) LDK : aktiviti yang agak mencabar jugak la sebab ia menguji tahap mental dan emosi kami dengan pelbagai tohmahan, perli, soalan yang menyakitkan hati. Apa yang penting, sabar!

6) Solat berjemaah: perkara paling penting sebagai hamba Allah. Walapun harta sebesar Gunung Kinabalu, walaupun status seorang Perdana Menteri, besar atau kecil, ingatan kita perlulah kepada Maha Esa supaya tidak lupa diri. Namun, ada yang membinasakan diri dengan perkara duniawi. Fikirkanlah!

Tuesday, June 30, 2009

PENYUCIAN JIWA

Bercinta Hingga Ke Syurga


Kadang kala penampilan sesorang itu nampak tip top, berkopiah,berjanggut sejemput,bertudung labuh, berpurdah dan lain-lain lagi,namun apabila golongan ini mula terjebak dalam masalah sosial tidak sihat, siapa yang tidak mahu bercinta dan dicintai, penulis melihat ada petanda yang kurang sedap pada hati masing-masing, ada masalahhati.


Memang mudah nak mengubah luaran, namun teramat susah nak mengikis karat jahiliah dalam hati. Jika terpaksa mengurung atau memenjarakan keinginan (nafsu) yang terlalu memuncak, cuba lakukan sedaya mungkin. Jika terpaksa melepaskan keseronokan yang sering melalaikan Iman, cuba buktikan tanpa banyak soal.


Biar merana dahulu sebelum merana kemudian. Bimbang kalau dah terkena 'bius cinta' nanti, habis satu badan terasa kebas, nak angkat satu jari pun terasa berat. Apabila terbius seseorang itu dengan cinta, segala tindakan seolah-olah seperti diri telah dipukau.

Tiba-tiba menjadi bodoh, tidak pernah mengerti halal haram, dan batas pergaulan. Lebih-lebih lagi si perempuan, makhluk yang banyak menggunakan emosi dan selalu inginkan perhatian. Mereka yang terkena 'bius cinta', secara terangan menolak apa sahaja nasihat yang
ditujukan.


Ada juga manusia yang seolah mampu mendengar nasihat, diangguk-angguk apabila dinasihati. Berjanji cuba mengatasi ‘masalah cinta’ itu, tetapi dalam diam rupanya, menolak mentah-mentah. Biusannya sungguh kuat. Jadilah mereka yang terkena penyakit angau. Makan tak kenyang, tidur tak lena, dan mandi tak basah, kerana setiap detik dan masa fikiran telah tertumpah pada keayuan wajah si 'cewek', yang dikatakan solehah, dan cantik bak bidadari. Inilah dikatakan ['Pungguk Rindukan Bulan'].


Mulut melafazkan kata yang melegakan hati si penasihat, tetapi mindanya, dan hatinya tetap sama. Maka tindakannya, menjadi kaku terpana dalam alam khayalan. Kadang-kadang makan minum pun tidak dihiraukan. Deraian air mata ibu tidak dipeduli.

Sebaliknya deraian air mata si anak yang tidak dibenarkan berjumpa si 'kekasih hati' kononnya, itu pula yang mengundang simpati si ibu. Merintih si ibu keseorangan di tikar sejadah, memohon agar diberi petunjuk buat si anak. Bukannya si ibu tidak membenarkan si anak membuat pilihan, tetapi si anak langsung tidak mempedulikan nasihat si ibu akibat dibius cinta 'dos tinggi'. Cukup bahaya.

PERMAINAN TRADISIONAL: DEFINISI

LUPAKAH ANDA?

Apa yang anda tahu tentang permainan tradisional? Kita asyik termenung dan terkenangkan memori di waktu kecil ketika sedang bermain galah panjang, batu selambut, guli, ketinting dan sebagainya. Sesuatu yang indah seperti itu kadang-kadang kian lapuk ditelan zaman tetapi selaku pelapis tampuk pimpinan negara, kita seharusnya tidak melupakan budaya warisan kita.Jom, kita lihat apa itu permainan tradisional agar kita lebih mengenalinya.

Menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes masyarakat kita permainan gasing, wau dan dam menjadi permainan tradisional. Masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat muda di negara ini yang terlalu mengutamakan permainan moden. Peminggiran permainan tradisional ini turut diketengahkan oleh media massa yang sering menyiarkan rungutan penggiat budaya yang menganggap masyarakat belia di negara ini sudah tidak lagi memandang tinggi permainan budaya sendiri. Oleh itu, ada banyak tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan permainan ini terus wujud dalam minda masyarakat kita.

Jadi, apa tunggu lagi. JOM KITA MAIN!!