Wednesday, January 20, 2010

PENCINTA KEJAYAAN

Motivasi kejayaan – 7 petanda orang tak ada matlamat [petanda pertama]

Petanda pertama Anda orang tak ada matlamat: Anda asyik keboringan.

Orang yang asyik keboringan tak tahu apa yang nak dibuat maksudnya dia tiada apa-apa yang disiapkan, dikerjakan, disempurnakan. Masa yang ada dibiarkan berlalu begitu saja sedangkan masa yang ada tu dia boleh guna untuk melakukan berbagai perbuatan berfaedah untuk kebaikan dirinya sendiri.

Apabila Anda suka mengeluh sebab Anda selalu keboringan, itu petanda paling jelas Anda orang tak ada matlamat. Jika tetiba rasa boring, carilah sesuatu yang bermanfaat untuk dilakukan, yang berguna untuk kemajuan diri Anda. Untuk mengatasi keboringan, tanya diri Anda dengan soalan-soalan ni:

a.Apa yang boleh Anda lakukan sekarang ni?
b.Apa yang belum siap?
c.Ada apa-apa yang boleh dibuat?

Tanya dan terus tanya diri Anda. Pastu lihat sekeliling dan fikir. Anda akan jumpa sesuatu perkara yang boleh dilakukan bagi mengelak keboringan. Lama-kelamaan minda Anda akan terlatih untuk meletak matlamat dalam apa jua yang Anda lakukan kesan dari terbiasa melakukan teknik ni. Rahsianya, tanya diri sehingga jawapan ditemui.


Petanda kedua Anda orang tak ada matlamat: Anda malas membaca, malas mencari ilmu.

Orang yang kurang berminat mencari ilmu untuk menambahkan ilmu ibarat orang yang tak mahu memajukan diri. Itu samalah dengan orang yang tak ada matlamat kerana dia tidak tahu apa dia nak buat dengan hidupnya. Hidup ni gunanya untuk berhibur saja!

Ada juga orang yang minat mencari ilmu, tapi minat sekejap cuma. Dia merasakan mencari ilmu ni tak ada guna. Kenapa dia rasa tak ada guna? Sebab dia tak tahu peranan ilmu dalam hidupnya. Ilmu gunanya untuk membuat kita tahu apa yang kita tak tahu, dari situ kita boleh gunakan ilmu untuk mencorak kejayaan dalam apa jua yang kita usahakan.

Andainya Anda malas membaca, malas mencari ilmu bahkan Anda suka mentertawakan orang yang rajin mencari membaca untuk mencari ilmu itu petanda bahawa Anda sendiri tidak ada keinginan untuk maju atau memajukan hidup Anda. Tafsiran tu sudah tepat untuk menyatakan Anda merupakan orang tak ada matlamat.

Set matlamat (atau target kecil) dalam apa jua yang Anda nak lakukan supaya diri anda terlatih menjadi orang bermatlamat. Barulah hidup Anda ada kemajuan!. Latih diri membaca bermula dengan membaca 1 muka surat untuk sehari. Esoknya, baca 10 muka surat. Lusa, baca 1 bab. Minggu depan, letak target nak habis membaca 1 buku.


Petanda ketiga Anda orang tak ada matlamat: kurang ada keinginan untuk mengubah hidup.

Kesusahan ada jugak bagusnya. Dari kesusahan tu membuat kita ada keinginan kuat untuk mengubah hidup ke tahap lebih maju. Bila kita kurang ada keinginan untuk mengubah hidup, itu petanda kita orang tak ada matlamat.

Jika tak ada inisiatif nak mengubah tahap kewangan kita kesannya kita akan terbiasa menjadi orang yang tak ada keinginan mengubah hidup. Kebiasaan ni membentuk kita menjadi orang yang penuh kenegatifan – melihat sesuatu dari aspek negatif, menilai sesuatu dengan penilaian negatif, memberi respon-respon negatif sebab kita sakit hati melihat orang lebih maju daripada kita.

Orang yang skeptik adalah orang yang kurang ada keinginan untuk mengubah hidup bahkan tak ada inisiatif untuk merubah dirinya ke tahap akhlah yang lebih baik. Permasalahan yang melanda mereka dipandang sebagai ketidakadilan Tuhan, bukannya untuk mempelajari sesuatu dan menggali motivasi tersirat disebaliknya.

Jika Anda rasa anda aysik dilanda masalah atau hidup ni kurang adil sebab asyik memberi Anda masalah, sebenarnya tu semua adalah satu gesaan untuk Anda merubah hidup mulai hari ini. Fokuskan fikiran kepada kejayaan dan kebahagiaan berpanjangan supaya dengan itu Anda ada keinginan untuk mengubah hidup, keluar dari kesusahan yang Anda alami sekarang ini.

Jangan asyik bergelumang dengan fikiran bermasalah kerana perbuatan sebegitu akan menarik lebih banyak masalah masuk ke dalam hidup Anda. Penyelesaiannya, marakkan semangat mau merubah hidup ke tahap lebih baik. Biar semangat tu membara setiap hari, untuk membuat Anda sentiasa bermotivasi.