Saturday, November 2, 2013

Matematik. Ajarkannya cara Bulat-bulat.

Bila budak belajar matematik, macam ni lahh jadinyerr... haaa tersenyum kan tengok nih? tapi yang penting objektif tercapai. Bukan senang nak ajar mereka, apatah lagi bahasa yang berbeza. Saya Melayu dan mereka Iban, namun itu bukan halangannya. Dalam perhubungan antara orang dewasa dan kanak-kanak, kita perlu menggunakan kata-kata yang mudah,ringkas dan padat, maksudnya senang nak faham. Tak payah nak describe panjang-panjang. Just Say It. Contohnya, "Duduk". "Bangun". Lihat bezanya dengan cara ini, "Ok semua. Berdiri kat sini, kat depan cikgu, elok-elok". "Duduk atas kerusi semua". Sama juga dengan pengajaran Matematik. Lain tempat, lain caranya tetapi rata-rata cikgu guna cara yang sama nak ajar Matematik untuk kanak-kanak prasekolah iaitu melalui "simbol" dan "gambar". Antara tokoh dan teori dalam pembelajaran matematik kanak-kanak seperti Jean Piaget yang memperkenalkan teori perkembangan kognitif, teori pembelajaran Bruner iaitu Bruner menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai tiga cara untuk mencapai kefahaman mereka dalam mempelajari matematik iaitu melalui perwakilan enaktif, ikonik dan simbolik dan juga teori perkembangan Vygotsky yang menekankan bahawa pembelajaran kanak-kanak sangat berkait rapat dengan interaksi mereka dengan individu di sekitar mereka dan juga budaya persekitaran mereka. Jadi, untuk aktiviti tolak, pada peringkat awal, saya letakkan simbol beserta gambar bulat (0) untuk mewakili nombor. Ingat!! Apa2 gambar seperti bola, pensil, dan lain-lain perlu disertakan dengan nombor, untuk mudah murid mengecam,menyebut,dan menulis nombor tersebut contohnya kalau 5, maknanya (OOOOO). Alhamdulillah, proses P&P berjalan dengan lancar dan kanak-kanak mudah memahami konsep tolak. Macam nak tercabut anak tekak bila nak ajar pada mereka tapi apakan daya, itulah tugas guru. Ajar, tak faham, ajar lagi, tak faham, ajar lagi, salah jugak, ajar lagi pun salah, ajar lagi.... hingga berjaya. Lihat gambar, dan tengoklah hasilnya. Syukur padaMu Tuhan. hehe..

Wednesday, October 23, 2013

Nampak Tak Jalan tuuuu??

Wahhhhh!! Sangat menghijau, sejuk mata memandang bila tengok pokok-pokok dan bukit kat sini. Ini bukanlah jalan nak ke shoping complex ke, saloon ke, tapi ini adalah jalan nak ke sekolah saya. 6.30 pagi dah mula start enjin motor.. Vroommmm!! merempit lerrr nak ke sekolah, hari-hari lalu jalan yang sama. Masih berbukit, ada yang curam. Alhamdulillah sekolah tidaklah jauh, hanya dalam masa 15 minit dari rumah. So sepanjang on the road, boleh cuci mata tengok keindahan ciptaan Ilahi. Sangat Berkuasa! Subahanallah, cantiknyerrrr.... hirup udara segar, sangat bagus untuk sistem pernafasan kita, oksigen yang masuk sangat fresh. Ahhhhhhh!! Nikmat betul. Ada juga kajian berpendapat bila tengok benda-benda yang hijau ni, mata jadi ok. Jiwa tenang. Tapi apa yang perlu ingat ialah keselamatan. Almaklum saja laa jalan berliku macam ni, kenalah berhati-hati, tidak kira penunggang motosikal ataupun berkereta. selekoh banyak, kalau hujan tentu saja lah jalan licin. tak perlu laju-laju yer.. By the way, kita boleh lihat budaya hidup orang Iban di sini. Rata-ratanya bekerja sebagai petani dan di kem balak. sawah dan kebunnya sangat luas. Rajin bekerja untuk mencari rezeki. At last cikgunya juga yang beruntung sebab kadang-kadang murid bawa sedikit hasil dari kebun, buah ke sayur ke. Latest saya dapat buah mempelam. Sedapp wehhhhh hiris, cicah sambal kicap campur belacan. Perghhh!! Ape tunggu lagi, jom laa datang sini!! Kagum ku nangga pokoknya. hehe

Saturday, September 21, 2013

it's begin now!

Sungguh aku tak sangka. Akhirnya penantian berakhir jua apabila ditempatkan berkhidmat jauhhhhh di sarawak. Pengalaman mengharungi sungai Rajang selama 3 jam dengan bot express nih buatkan aku rasa teruja, gembira, terharu pun ada. Mana tak nyerr.. dulu2 asyik dengar kisah sg rajang tu jer.. sekali tuan empunya badan yang alaminya sendiri. Memang rare! Perasaan bercampur baur. Segala penat lelah selama 4 hari untuk ke sini disudahi jua dengan menuju ke Kapit. Bagi aku rasanya agak biasa dengan bot dan air sebab hidup membesar di kawasan perkampungan nelayan yang rutinnya tangkap ikan, naik bot, perahu. Apa yang bezanya ialah terpaksa mengangkut beg yang hampir 30kg!! berat tuhhhh!! almaklum laa jauh sangat.. segala benda disumbat dalam bagasi itu. bersyukur dapat kenal kawan-kawan dari semenanjung yang sangat memberi kerjasama, senang tolong orang. Jadi, tidaklah bosan sepanjang perjalanan. Sesetengah orang akan berfikir apa yang dilakukannya semasa di tempat orang? Well, hidup ini tak susah. Yang susahnya ialah kita sendiri yang menyusahkannya. Jadikan hidup senang dan tenang. Segala masalah kita selesaikan dengan bijak, bukan secara emosi. Lewat petang juga sampai di sana. Bermula dari situ, yang aku dengar ialah bahasa Iban. Satu pun aku tak faham. Tapi aku harus belajar. 4 Julai 2013. aku redha!