Saturday, November 2, 2013

Matematik. Ajarkannya cara Bulat-bulat.

Bila budak belajar matematik, macam ni lahh jadinyerr... haaa tersenyum kan tengok nih? tapi yang penting objektif tercapai. Bukan senang nak ajar mereka, apatah lagi bahasa yang berbeza. Saya Melayu dan mereka Iban, namun itu bukan halangannya. Dalam perhubungan antara orang dewasa dan kanak-kanak, kita perlu menggunakan kata-kata yang mudah,ringkas dan padat, maksudnya senang nak faham. Tak payah nak describe panjang-panjang. Just Say It. Contohnya, "Duduk". "Bangun". Lihat bezanya dengan cara ini, "Ok semua. Berdiri kat sini, kat depan cikgu, elok-elok". "Duduk atas kerusi semua". Sama juga dengan pengajaran Matematik. Lain tempat, lain caranya tetapi rata-rata cikgu guna cara yang sama nak ajar Matematik untuk kanak-kanak prasekolah iaitu melalui "simbol" dan "gambar". Antara tokoh dan teori dalam pembelajaran matematik kanak-kanak seperti Jean Piaget yang memperkenalkan teori perkembangan kognitif, teori pembelajaran Bruner iaitu Bruner menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai tiga cara untuk mencapai kefahaman mereka dalam mempelajari matematik iaitu melalui perwakilan enaktif, ikonik dan simbolik dan juga teori perkembangan Vygotsky yang menekankan bahawa pembelajaran kanak-kanak sangat berkait rapat dengan interaksi mereka dengan individu di sekitar mereka dan juga budaya persekitaran mereka. Jadi, untuk aktiviti tolak, pada peringkat awal, saya letakkan simbol beserta gambar bulat (0) untuk mewakili nombor. Ingat!! Apa2 gambar seperti bola, pensil, dan lain-lain perlu disertakan dengan nombor, untuk mudah murid mengecam,menyebut,dan menulis nombor tersebut contohnya kalau 5, maknanya (OOOOO). Alhamdulillah, proses P&P berjalan dengan lancar dan kanak-kanak mudah memahami konsep tolak. Macam nak tercabut anak tekak bila nak ajar pada mereka tapi apakan daya, itulah tugas guru. Ajar, tak faham, ajar lagi, tak faham, ajar lagi, salah jugak, ajar lagi pun salah, ajar lagi.... hingga berjaya. Lihat gambar, dan tengoklah hasilnya. Syukur padaMu Tuhan. hehe..

No comments:

Post a Comment