Wednesday, July 8, 2009

DI MANA NILAI INTEGRITI?

Petikan Utusan Malaysia:

“2005: Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan melaporkan kebanyakan pelajar mendapat F dalam subjek Sains dan Matematik dalam peperiksaan percubaan PMR dan tiba-tiba mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar”

Bagi pendapat saya, situasi ini sudah lama wujud dan baru sekarang ia pecah di mulut. Sememangnya situasi sedemikian agak pelik kerana tiba-tiba sahaja cemerlang dalam exam yang sebenar. Apa yang saya mahu persoalkan di sini ialah di mana letaknya integriti seorang guru atau pemeriksa kertas atau pihak yang berwajib yang menetapkan gred pemarkahan dalam ujian yang sebenar? Sungguh menyedihkan apabila ada pihak yang sanggup melihat “Indah Khabar dari Rupa” menjadi perhiasan sementara dan litupan daripada masyarakat umum daripada mengetahui perkara yang sebenarnya. Berubahlah menjadi insan yang baik dan berguna. “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain”

Monday, July 6, 2009

CintaiLah Ibu Bapa untuk Insan CemeRLang

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata,

"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada ) ". Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah) Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadahlah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu ikhlas dan bersungguh-sungguh). Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulannya :

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (contohnya makanan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsbnya..)

MASALAH PONTENG SEKOLAH

Sungguh menyedihkan apabila terbaca akhbar Metro 2,3 hari lepas yang memaparkan masalah pelajar yang membabitkan kumpulan ponteng sekolah. Mereka semua berpura-pura berpakaian ke sekolah tetapi jauh ada udang di sebalik batu. Aktiviti pecah rumah dilakukan beberapa tempat semata-mata untuk melepaskan nafsu dan mengisi masa lapang dan pelbagai kerugian yang terpaksa ditanggung oleh mangsa termasuklah barang kemas, lap top, duit dan sebagainya. Wajarnya, umat Islam perlu menjauhi perkara tersebut dan menghindar daripada memberikan alasan melakukan aktiviti songsang di waktu senggang. Apa salahnya kita membaca al-Quran? Apa salahnya menolong ibu bapa di rumah? Apa salahnya kalau bersedekah? Pemikiran kita perlu diterapkan nilai murni Islam agar tidak dicemari dengan unsur negatif yang akhirnya membinasakan diri sendiri seperti pelajar tersebut yang sudah ditangkap.

Sedikit manisan untuk dikongsi:

1) Ibu bapa. Peranan orang tua dan institusi kekeluargaan cukup utuh untuk membendung permasalahan sebegitu daripada berlaku. Anak-anak bermula dari peringkat kecil, remaja hingga dewasa amat memerlukan bimbingan, kasih-sayang daripada keluarga. Apabila keperluannya dipenuhi, maka diri akan berasa mendapat perhatian.

2) Persekitaran. Hal ini termasuklah pengaruh rakan sebaya. Ia turut mendorong kepada perkembangan intelek dan potensi individu. Rakan sebaya yang baik akhlaknya dan tinggi kecerdasannya dapat membantu membentuk keperibadian yang positif.

3) Kebudayaan dan kepercayaan. Penyumbang kepada pembentukan falsafah hidup yang berbeza. Ini turut melahirkan perbezaan cara hidup. Masyarakat yang sihat akan menjadi lebih bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral dan sebagainya.

4) Sumber teknologi. Ledakan kecanggihan teknologi kini melahirkan minda masyarakat yang di luar jangkaan. Ia memberi pengaruh yang besar dalam jiwa manusia seperti iklan di radio, filem-filem negatif yang dipaparkan di kaca tv dan internet yang tertebar luas jaringannya. Berwaspadalah dengan jolokan syaitan..

p/s: Didiklah jiwa dengan Islam, Insya-Allah semuanya selamat.

Thursday, July 2, 2009

CINTAILAH KESENIAN!

Dengan penuh kesyukuran, saya mengalu-alukan anda semua selaku penggiat seni penulisan dan pencinta karya untuk memiliki cerpen karya saya sendiri. Setelah penat mencambah idea, maka terhasil nukilan yang mampu membuatkan anda dan saya tersenyum puas dan meruntun hati apabila membacanya. Silalah berkunjung ke laman link untuk DOWNLOAD cerpen saya. Bagi mereka yang sudah mendapatkannya, jangan lupa untuk submit komen anda di laman Let's Talk! Selamat membaca!


CERPEN:

PULANGLAH

DI PENGHUJUNG CINTA

CintaiLah Kesihatan

CintaiLah Kewangan Kita

Wednesday, July 1, 2009

KENANGAN TERINDAH RAKAN SEPERJUANGAN

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
PRASEKOLAH (BI,PJ)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU

PENDIDIKAN

KONSEP PENDIDIKAN

Pendidikan berasal daripada perkataan Latin, educare yang membawa maksud “memelihara dan mengasuh”. Menurut Kamus Pendidikan (1979), pendidikan adalah satu proses menyeluruh untuk memperkembang kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial yang member peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi.

YUSUF AL-QARDAWI

Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku. Ia bertujuan untukmenyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.


KEM BINA IHSAN GURU

TEMPAT: SETIAWAN, PERAK

Program ini telah lama berlalu namun kenangan tetap terpahat di benak aku. Program ini tidaklah begitu tuff seperti yang dijangkakan namun ia cukup untuk melatih aku dengan realiti kehidupan luar yang penuh cabaran. Anehnya, hanya beberapa orang sahaja dari kaum Adam yang mengikutinya (dalam 16 orang), berbanding dengan kaum Hawa yang mencecah 50 orang lebih. Al-maklum lah, kos Prasekolah bukanlah subjek prirority kaum Adam, tetapi aku tidak sedikit pun patah semangat. Bak kata pepatah “Behind a man’s strength, stand a great woman”.

Apa yang dapat saya kongsi bersama:

1) Perkhemahan : melatih guru untuk terlibat dengan aktiviti di luar bilik darjah apabila diposting nanti dan bukan hanya menjadi katak di bawah tempurung.

2) Water confident : kita akan belajar bagaimana cara untuk tenang dalam pelbagai situasi dan lebih yakin dengan apa-apa halangan atau cabaran yang mendatang.

3) Berkayak : menguji tahap fizikal seorang guru dan usaha mengharungi ombak dianalogikan kesungguhan kita menghadapai dugaan termasuk kewangan, kanak-kanak dan lain-lain.

4) Meredah hutan : pembelajaran secara tidak langsung dengan mengenal suasana kampung orang lain, bergaul mesra dengan penduduk dan sebagainya. Guru, janganlah menjadi seperti “Rusa masuk kampong” .

5) LDK : aktiviti yang agak mencabar jugak la sebab ia menguji tahap mental dan emosi kami dengan pelbagai tohmahan, perli, soalan yang menyakitkan hati. Apa yang penting, sabar!

6) Solat berjemaah: perkara paling penting sebagai hamba Allah. Walapun harta sebesar Gunung Kinabalu, walaupun status seorang Perdana Menteri, besar atau kecil, ingatan kita perlulah kepada Maha Esa supaya tidak lupa diri. Namun, ada yang membinasakan diri dengan perkara duniawi. Fikirkanlah!

Tuesday, June 30, 2009

PENYUCIAN JIWA

Bercinta Hingga Ke Syurga


Kadang kala penampilan sesorang itu nampak tip top, berkopiah,berjanggut sejemput,bertudung labuh, berpurdah dan lain-lain lagi,namun apabila golongan ini mula terjebak dalam masalah sosial tidak sihat, siapa yang tidak mahu bercinta dan dicintai, penulis melihat ada petanda yang kurang sedap pada hati masing-masing, ada masalahhati.


Memang mudah nak mengubah luaran, namun teramat susah nak mengikis karat jahiliah dalam hati. Jika terpaksa mengurung atau memenjarakan keinginan (nafsu) yang terlalu memuncak, cuba lakukan sedaya mungkin. Jika terpaksa melepaskan keseronokan yang sering melalaikan Iman, cuba buktikan tanpa banyak soal.


Biar merana dahulu sebelum merana kemudian. Bimbang kalau dah terkena 'bius cinta' nanti, habis satu badan terasa kebas, nak angkat satu jari pun terasa berat. Apabila terbius seseorang itu dengan cinta, segala tindakan seolah-olah seperti diri telah dipukau.

Tiba-tiba menjadi bodoh, tidak pernah mengerti halal haram, dan batas pergaulan. Lebih-lebih lagi si perempuan, makhluk yang banyak menggunakan emosi dan selalu inginkan perhatian. Mereka yang terkena 'bius cinta', secara terangan menolak apa sahaja nasihat yang
ditujukan.


Ada juga manusia yang seolah mampu mendengar nasihat, diangguk-angguk apabila dinasihati. Berjanji cuba mengatasi ‘masalah cinta’ itu, tetapi dalam diam rupanya, menolak mentah-mentah. Biusannya sungguh kuat. Jadilah mereka yang terkena penyakit angau. Makan tak kenyang, tidur tak lena, dan mandi tak basah, kerana setiap detik dan masa fikiran telah tertumpah pada keayuan wajah si 'cewek', yang dikatakan solehah, dan cantik bak bidadari. Inilah dikatakan ['Pungguk Rindukan Bulan'].


Mulut melafazkan kata yang melegakan hati si penasihat, tetapi mindanya, dan hatinya tetap sama. Maka tindakannya, menjadi kaku terpana dalam alam khayalan. Kadang-kadang makan minum pun tidak dihiraukan. Deraian air mata ibu tidak dipeduli.

Sebaliknya deraian air mata si anak yang tidak dibenarkan berjumpa si 'kekasih hati' kononnya, itu pula yang mengundang simpati si ibu. Merintih si ibu keseorangan di tikar sejadah, memohon agar diberi petunjuk buat si anak. Bukannya si ibu tidak membenarkan si anak membuat pilihan, tetapi si anak langsung tidak mempedulikan nasihat si ibu akibat dibius cinta 'dos tinggi'. Cukup bahaya.

PERMAINAN TRADISIONAL: DEFINISI

LUPAKAH ANDA?

Apa yang anda tahu tentang permainan tradisional? Kita asyik termenung dan terkenangkan memori di waktu kecil ketika sedang bermain galah panjang, batu selambut, guli, ketinting dan sebagainya. Sesuatu yang indah seperti itu kadang-kadang kian lapuk ditelan zaman tetapi selaku pelapis tampuk pimpinan negara, kita seharusnya tidak melupakan budaya warisan kita.Jom, kita lihat apa itu permainan tradisional agar kita lebih mengenalinya.

Menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes masyarakat kita permainan gasing, wau dan dam menjadi permainan tradisional. Masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat muda di negara ini yang terlalu mengutamakan permainan moden. Peminggiran permainan tradisional ini turut diketengahkan oleh media massa yang sering menyiarkan rungutan penggiat budaya yang menganggap masyarakat belia di negara ini sudah tidak lagi memandang tinggi permainan budaya sendiri. Oleh itu, ada banyak tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan permainan ini terus wujud dalam minda masyarakat kita.

Jadi, apa tunggu lagi. JOM KITA MAIN!!

TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELLE

  1. PERBANDINGAN TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL DAN ROBERT HAVIGHURST TUTORIAL 2
  2. ARNOLD GESELL
  3. ARNOLD GESELL
    • Berfokus kepada penyelidikan kajian ekstensif beberapa orang kanak-kanak.
    • Kanak-kanak diumpamakan seperti tumbuh-tumbuhan.
    • Menekankan kesediaan dan kematangan dan mendapati kanak-kanak secara semula jadi bersedia membaca apabila umur mentalnya sudah mencapai 6 ½ tahun.
    • Melihat kematangan biologi sebagai perubahan fisiologi dan neurologi yang tidak dapat dikawal.
  4. ARNOLD GESELL
    • Baka sebagai faktor utama, mempengaruhi perkembangan diri seseorang individu, jika baik bakanya baiklah individu yang akan terhasil.
    • Kelancaran proses perkembangan individu dipengaruhi oleh kematangan fizikalnya.
    • Menekankan perkembangan fizikal kanak-kanak.
  5. ARNOLD GESELL
    • Perkembangan manusia dipengaruhi oleh faktor kematangan.
    • Perkembangan individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu.
    • Kanak-kanak perlu diberikan peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.
  6. ROBERT HAVIGHURST
  7. ROBERT HAVIGHURST
    • As growth proceeds along a developmental continuum, each new stage of development, according to Havighurst (1972,1980) ushers in new tasks – skills, attitudes, understandings, accomplishments – that must be met before a person can move to a higher level of development. These are referred to as developmental tasks, which Havighurst (1972) says occur.
  8. ROBERT HAVIGHURST
    • Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh budaya masyarakat persekitaran masyarakat tersebut.
    • Menerangkan konsep tugas dalam teori perkembangannya.
    • Pada setiap peringkat perkembangan manusia ada tugas yang perlu dicapai.
    • Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya akan membawa kebahagiaan kepada individu.
    • Manakala kegagalan dalam menyempurnakan tugas tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam tugasan-tugasan berikutnya.
  9. ROBERT HAVIGHURST
    • Beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat.
  10. ROBERT HAVIGHURST
    • Havighurst telah mengenal enam tempoh usia utama:
    • peringkat permulaan dan awal alam kanak-kanak (0-5 tahun),
    • peringkat pertengahan kanak-kanak (6-12 tahun)
    • remaja (13-18 tahun),
    • kedewasaan awal (19-29 tahun),
    • kedewasaan tengah (30-60 tahun), dan
    • kematangan kemudian (61+).
  11. MODEL MOTOR PERSEPSI PIAGET
    • Peringkat-peringkat perkembangan motor:
    • i. Tahap sensorimotor (0-2 tahun)
    • ii. Tahap praoperasi (2-7 tahun)
    • iii. Tahap operasi konkrit (7-11 tahun)
    • iv. Tahap operasi formal (11 tahun ke atas)
  12. Tahap Sensorimotor (0-2 tahun)
    • Pemahaman berasaskan gerakan spontan yang tidak dipelajari
    • Cth: menghisap, memegang dan melihat
    • Gerakan spontan: skema-skema dalaman yang sentiasa berubah
    • Bentuk pemikiran kanak-kanak adalah berdasarkan pada aktiviti sensori (deria) dan motor (fizikal)
  13. Tahap Praoperasi (2-7 tahun)
    • Bergantung objek konkrit
    • Bercakap dengan laju dan perkembangan bahasa berkembang dengan pesat
    • Menggunakan skema berasaskan penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk perwakilan simbolik yang lain
    • Cth: penyapu sebagai kuda
    • Dapat menyelesaikan masalah-masalah mudah
    • Egosentrik dalam pemikiran dan perlakuan
    • Setiap sesuatu ada sebab dan tujuannya; pemikiran tetap
    • Membuat penilaian berdasarkan apa yang dilihat
    • Suka berfikiran tidak logik; semua benda punyai nyawa
  14. Tahap Operasi Konkrit (7-11 tahun)
    • Berfikir secara konkrit
    • Egosentrik dalam pemikiran dan perlakuan
    • Kognitifnya semakin matang
    • Pemikiran logik mula jelas
    • Boleh membuat banding beza
  15. Tahap Operasi Formal (11 tahun ke atas)
    • Berfikiran secara abstrak
    • - selesaikan masalah matematik yang libatkan perwakilan abstrak
    • - 4x + x = 10
    • Berfikir secara sistematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian
    • Boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian masalah
    • Egosentrik remaja muncul

Monday, June 29, 2009

PENCINTA ILMIAH

Perkembangan Bahasa Kanak-kanak

Sekiranya anak kita didapati terlalu ‘behind schedule’, mungkin ada baiknya kita membawa anak kita untuk diperiksa.
  1. Bagaimana pula dengan anak-anak 2 tahun ke atas? Anak-anak yang berada dalam lingkungan usia 2 - 3 tahun, mereka sepatutnya
    Tahu lebih kurang 50 perkataan pada usia 24 bulan.Tahu konsep atas , dalamTahu konsep awak, saya , diaTahu perkataan seperti besar, gembiraBoleh menyebut 40 perkataanSebutan mungkin berbeza, ada yang clear, ada yang tak berapa clear(susah nak faham) ada juga clear PELAT!Jawab soalan mudahBercakap ayat yang mengandungi 2-3 perkataan
  2. Bagaimana pula dengan 3 - 4 tahun?
    Boleh mengasingkan by objekBoleh membezakan warnaTelah menggunakan hampir semua bunyi-bunyi atau fonem bahasa Melayu(bagi yang bahasa ibundanya Bahasa Melayu) kecuali beberapa bunyi yang sukar seperti r,y,z,Pertuturannya lebih clearBoleh melahirkan perasaan dan pandanganBoleh bertanya soalan-soalan mudah.
  3. 4-5 tahun
    faham konsep di sebelah, di belakangFaham soalan kompleksPertuturan boleh difahamiMenyebut 200-300 perkataanBoleh menerangkan bagaimana hendak melakukan sesuatuBoleh menyenaraikan objk seperti biatang, kenderaanMenjawab soalan kenapa

Tuesday, June 16, 2009

PENCINTA KEJAYAAN

aNda Seorang JUARA!!

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.


4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

PENCINTA KALAM

PENGALAMAN PERTAMA MENJADI GURU

Seringkali kita mendengar bahawa Guru adalah Pelita Hidup. Namun sedarkah kita bahawa pengorbanan seorang guru tidak dapat dinilai dengan mata wang duniawi. Pengalaman saya sepanjang seminggu di Sekolah Kebangsaan Geting cukup untuk merasai kepayahan dan kesungguhan seorang guru untuk melihat kecemerlangan anak didiknya. Anak-anak murid tidak sepatutnya dibiarkan pendidikannya hanya kerana wujudnya diskriminasi pendapatan, status hidup dan sebagainya. Kita sebagai orang dewasa perlu melihat kepada peripentingnya pendidikan terutamanya di peringkat awal lagi. Sesungguhnya mereka adalah kain putih dan kitalah yang mencorakkanya.