Monday, July 6, 2009

MASALAH PONTENG SEKOLAH

Sungguh menyedihkan apabila terbaca akhbar Metro 2,3 hari lepas yang memaparkan masalah pelajar yang membabitkan kumpulan ponteng sekolah. Mereka semua berpura-pura berpakaian ke sekolah tetapi jauh ada udang di sebalik batu. Aktiviti pecah rumah dilakukan beberapa tempat semata-mata untuk melepaskan nafsu dan mengisi masa lapang dan pelbagai kerugian yang terpaksa ditanggung oleh mangsa termasuklah barang kemas, lap top, duit dan sebagainya. Wajarnya, umat Islam perlu menjauhi perkara tersebut dan menghindar daripada memberikan alasan melakukan aktiviti songsang di waktu senggang. Apa salahnya kita membaca al-Quran? Apa salahnya menolong ibu bapa di rumah? Apa salahnya kalau bersedekah? Pemikiran kita perlu diterapkan nilai murni Islam agar tidak dicemari dengan unsur negatif yang akhirnya membinasakan diri sendiri seperti pelajar tersebut yang sudah ditangkap.

Sedikit manisan untuk dikongsi:

1) Ibu bapa. Peranan orang tua dan institusi kekeluargaan cukup utuh untuk membendung permasalahan sebegitu daripada berlaku. Anak-anak bermula dari peringkat kecil, remaja hingga dewasa amat memerlukan bimbingan, kasih-sayang daripada keluarga. Apabila keperluannya dipenuhi, maka diri akan berasa mendapat perhatian.

2) Persekitaran. Hal ini termasuklah pengaruh rakan sebaya. Ia turut mendorong kepada perkembangan intelek dan potensi individu. Rakan sebaya yang baik akhlaknya dan tinggi kecerdasannya dapat membantu membentuk keperibadian yang positif.

3) Kebudayaan dan kepercayaan. Penyumbang kepada pembentukan falsafah hidup yang berbeza. Ini turut melahirkan perbezaan cara hidup. Masyarakat yang sihat akan menjadi lebih bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral dan sebagainya.

4) Sumber teknologi. Ledakan kecanggihan teknologi kini melahirkan minda masyarakat yang di luar jangkaan. Ia memberi pengaruh yang besar dalam jiwa manusia seperti iklan di radio, filem-filem negatif yang dipaparkan di kaca tv dan internet yang tertebar luas jaringannya. Berwaspadalah dengan jolokan syaitan..

p/s: Didiklah jiwa dengan Islam, Insya-Allah semuanya selamat.

No comments:

Post a Comment