Wednesday, July 8, 2009

DI MANA NILAI INTEGRITI?

Petikan Utusan Malaysia:

“2005: Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan melaporkan kebanyakan pelajar mendapat F dalam subjek Sains dan Matematik dalam peperiksaan percubaan PMR dan tiba-tiba mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sebenar”

Bagi pendapat saya, situasi ini sudah lama wujud dan baru sekarang ia pecah di mulut. Sememangnya situasi sedemikian agak pelik kerana tiba-tiba sahaja cemerlang dalam exam yang sebenar. Apa yang saya mahu persoalkan di sini ialah di mana letaknya integriti seorang guru atau pemeriksa kertas atau pihak yang berwajib yang menetapkan gred pemarkahan dalam ujian yang sebenar? Sungguh menyedihkan apabila ada pihak yang sanggup melihat “Indah Khabar dari Rupa” menjadi perhiasan sementara dan litupan daripada masyarakat umum daripada mengetahui perkara yang sebenarnya. Berubahlah menjadi insan yang baik dan berguna. “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain”

Monday, July 6, 2009

CintaiLah Ibu Bapa untuk Insan CemeRLang

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata,

"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada ) ". Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah) Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadahlah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu ikhlas dan bersungguh-sungguh). Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Kesimpulannya :

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (contohnya makanan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsbnya..)

MASALAH PONTENG SEKOLAH

Sungguh menyedihkan apabila terbaca akhbar Metro 2,3 hari lepas yang memaparkan masalah pelajar yang membabitkan kumpulan ponteng sekolah. Mereka semua berpura-pura berpakaian ke sekolah tetapi jauh ada udang di sebalik batu. Aktiviti pecah rumah dilakukan beberapa tempat semata-mata untuk melepaskan nafsu dan mengisi masa lapang dan pelbagai kerugian yang terpaksa ditanggung oleh mangsa termasuklah barang kemas, lap top, duit dan sebagainya. Wajarnya, umat Islam perlu menjauhi perkara tersebut dan menghindar daripada memberikan alasan melakukan aktiviti songsang di waktu senggang. Apa salahnya kita membaca al-Quran? Apa salahnya menolong ibu bapa di rumah? Apa salahnya kalau bersedekah? Pemikiran kita perlu diterapkan nilai murni Islam agar tidak dicemari dengan unsur negatif yang akhirnya membinasakan diri sendiri seperti pelajar tersebut yang sudah ditangkap.

Sedikit manisan untuk dikongsi:

1) Ibu bapa. Peranan orang tua dan institusi kekeluargaan cukup utuh untuk membendung permasalahan sebegitu daripada berlaku. Anak-anak bermula dari peringkat kecil, remaja hingga dewasa amat memerlukan bimbingan, kasih-sayang daripada keluarga. Apabila keperluannya dipenuhi, maka diri akan berasa mendapat perhatian.

2) Persekitaran. Hal ini termasuklah pengaruh rakan sebaya. Ia turut mendorong kepada perkembangan intelek dan potensi individu. Rakan sebaya yang baik akhlaknya dan tinggi kecerdasannya dapat membantu membentuk keperibadian yang positif.

3) Kebudayaan dan kepercayaan. Penyumbang kepada pembentukan falsafah hidup yang berbeza. Ini turut melahirkan perbezaan cara hidup. Masyarakat yang sihat akan menjadi lebih bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral dan sebagainya.

4) Sumber teknologi. Ledakan kecanggihan teknologi kini melahirkan minda masyarakat yang di luar jangkaan. Ia memberi pengaruh yang besar dalam jiwa manusia seperti iklan di radio, filem-filem negatif yang dipaparkan di kaca tv dan internet yang tertebar luas jaringannya. Berwaspadalah dengan jolokan syaitan..

p/s: Didiklah jiwa dengan Islam, Insya-Allah semuanya selamat.

Thursday, July 2, 2009

CINTAILAH KESENIAN!

Dengan penuh kesyukuran, saya mengalu-alukan anda semua selaku penggiat seni penulisan dan pencinta karya untuk memiliki cerpen karya saya sendiri. Setelah penat mencambah idea, maka terhasil nukilan yang mampu membuatkan anda dan saya tersenyum puas dan meruntun hati apabila membacanya. Silalah berkunjung ke laman link untuk DOWNLOAD cerpen saya. Bagi mereka yang sudah mendapatkannya, jangan lupa untuk submit komen anda di laman Let's Talk! Selamat membaca!


CERPEN:

PULANGLAH

DI PENGHUJUNG CINTA

CintaiLah Kesihatan

CintaiLah Kewangan Kita

Wednesday, July 1, 2009

KENANGAN TERINDAH RAKAN SEPERJUANGAN

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
PRASEKOLAH (BI,PJ)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU

PENDIDIKAN

KONSEP PENDIDIKAN

Pendidikan berasal daripada perkataan Latin, educare yang membawa maksud “memelihara dan mengasuh”. Menurut Kamus Pendidikan (1979), pendidikan adalah satu proses menyeluruh untuk memperkembang kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses sosial yang member peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta perkembangan peribadi.

YUSUF AL-QARDAWI

Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku. Ia bertujuan untukmenyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.


KEM BINA IHSAN GURU

TEMPAT: SETIAWAN, PERAK

Program ini telah lama berlalu namun kenangan tetap terpahat di benak aku. Program ini tidaklah begitu tuff seperti yang dijangkakan namun ia cukup untuk melatih aku dengan realiti kehidupan luar yang penuh cabaran. Anehnya, hanya beberapa orang sahaja dari kaum Adam yang mengikutinya (dalam 16 orang), berbanding dengan kaum Hawa yang mencecah 50 orang lebih. Al-maklum lah, kos Prasekolah bukanlah subjek prirority kaum Adam, tetapi aku tidak sedikit pun patah semangat. Bak kata pepatah “Behind a man’s strength, stand a great woman”.

Apa yang dapat saya kongsi bersama:

1) Perkhemahan : melatih guru untuk terlibat dengan aktiviti di luar bilik darjah apabila diposting nanti dan bukan hanya menjadi katak di bawah tempurung.

2) Water confident : kita akan belajar bagaimana cara untuk tenang dalam pelbagai situasi dan lebih yakin dengan apa-apa halangan atau cabaran yang mendatang.

3) Berkayak : menguji tahap fizikal seorang guru dan usaha mengharungi ombak dianalogikan kesungguhan kita menghadapai dugaan termasuk kewangan, kanak-kanak dan lain-lain.

4) Meredah hutan : pembelajaran secara tidak langsung dengan mengenal suasana kampung orang lain, bergaul mesra dengan penduduk dan sebagainya. Guru, janganlah menjadi seperti “Rusa masuk kampong” .

5) LDK : aktiviti yang agak mencabar jugak la sebab ia menguji tahap mental dan emosi kami dengan pelbagai tohmahan, perli, soalan yang menyakitkan hati. Apa yang penting, sabar!

6) Solat berjemaah: perkara paling penting sebagai hamba Allah. Walapun harta sebesar Gunung Kinabalu, walaupun status seorang Perdana Menteri, besar atau kecil, ingatan kita perlulah kepada Maha Esa supaya tidak lupa diri. Namun, ada yang membinasakan diri dengan perkara duniawi. Fikirkanlah!